环境保护, 资源再循环, 循环不浪费。

资源回收服务,回收任何旧电腦, 二手废电器, 电子产品, 废金属, 废紙類(報紙、包裝紙、紙箱、二手雜誌、作業书) 减少大自然和环境污染, OI6-383767I 吉隆坡和八打灵再也区资源回收服务, 支持环保!

KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.
Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri.
Hari Kitar Semula telah diadakan di Dataran LRT Bukit Jalil pada 11 November 2001. Acara bermula pada jam 10 pagi dengan ketibaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Menteri telah memberikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin yang datang sebelum melancarkan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Satu sidang media telah diadakan selepas itu dan Datuk Seri Ong Ka Ting telah memberi penjelasan kepada soalan-soalan berkaitan tentang kempen yang dijalankan oleh Kementerian dalam mewujudkan budaya kitar semula di kalangan rakyat Malaysia.
Dia kemudiannya telah melawat khemah-khemah peserta dan mencuba
beberapa permainan yang terdapat di situ.
Di antara permainan yang terdapat di situ ialah "dunking booth", go-karts, permainan video dan mini golf. Terdapat juga permainan-permainan lain seperti berjalan dengan kayu panjang, papan luncur, BMX, badut, lakonan bisu dan pemuzik jalanan yang turut memeriahkan lagi hari tersebut.
Orang ramai mula membanjiri Medan LRT pada waktu tengahari. Orang ramai dilihat membawa beg untuk mengisi barang kitar semula yang hendak dikumpul. Hasil daripada jualan bahan-bahan untuk kitar semula yang telah dikumpul didermakan kepada badan-badan kebajikan.
Satu konsert telah diadakan pada sebelah petang di mana artis-artis popular seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir, Ferhad, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizahtelah turut sama untuk menghiburkan orang ramai yang hadir pada hari itu. Satu persembahan magik juga telah diadakan oleh Anslem Roy.



Service Area Coverage
Cheras-pandan indah, pandan jaya, tmn maluri, kampung pandan, tmn cahaya,kampung baru cheras, tmn midah, tmn connaugh, tmn lensen, tmn segar,deastun razak, tasik permaisuri, KL town area PJ, Puchong area.......call to arrange.





回收服务, 请联系OI6-383767I 吉隆坡和八打灵再也区回收服务, 支持环保!